Assalamualaikum..
Suatu ketika dahulu..ketika aku masih di tingkatan 3..sorg senior skola aku ckp "Nanti jangan ambil sains tulen..susah sangat..bio, kimia, fizik, add math.."..Aku percaya cakapnya..dan aku lalui tingkatan 3 dengan kecelaruan memikirkan mengenai kursus yg nak diambil ketika tingkatan 4..Ah..pasti susah tingkatan 4 nanti..
Aku sudah melangkah ke tingkatan 4..dan aku mula merasai kesusahan subjek2 sains tulen..meskipun baru saja bermula..alhamdulillah aku ditawarkan ke Sains Seremban dan MRSM Muadzam..aku memilih Sains Seremban..dan aku masih teringat sebahagian cikgu yg sgt mendorong aku utk pergi..namun ada juga cikgu yang berkata, "Awak tinggallah di skolah ni..ank kwn cikgu masuk skola sains.. kuar smule..coz xtahan dgn kdaan asrama, study.." Umi abahku sgt menginginkan aku masuk skola sains.. Aku celaru... susahnya......
Aku melangkah ke Sains Seremban.. alhamdulillah aku melalui hari2 yang sukar hingga ke akhir tingkatan 5.. dan aku dilantik menjadi Exco Program Badan Agama asrama.. aku sangat seronok menyusun2 program..terutama program hafalan surah2 yang aku pengaruhi ustaz utk wajibkan pada setiap org.. hehe =P alhamdulillah result SPM ku 8A1, 1A2 dan 1B3 (est.. hehe)
Aku apply banyak2 U..takut ada yang xdterima..menanti dan menanti..aku memohon tajaan Petronas, Geologi ke Australia, MARA, bioteknologi ke Australia, JPA, medic UIA, dan Matrik Kuala Pilah..alhamdulillah semua aku dapat..bukan sebab aku pandai atau apa, tapi rezeki Allah..n ditakdirkan Allah, aku memilih medic UIA..selepas aku lakukan istikharah dan mendapat advice dari ayahku..
Aku melangkah ke bumi UIA PJ..ambil perubatan ternyata skit mencabar aku..kerana standard exam kt sini kawan2 dapat A..tapi aku banyak dapat A-.. A dapat wktu exam Arab je alhamdulillah.. ramai makcik2 dan pakcik2 di persekitaranku apabila tahu aku ambil medic "Susah ambil medic..", "kena dpt pointer tinggi..", "tension study.."..dan aku yang masih dalam asasi.. kembali merasa risau dan takut sepertimana aku di skolah dlu.. aku celaru.. aku sering tanya kepada umi dan abahku "Shahid dapat ke sambung medic kat uia kuantan nanti?", "Shahid boleh ke jadi doktor?" ..dan jawapan abahku yang masih aku ingat sampai sekarang.. "Abah tak pernah risau sikit pun yang shahid tak kan dapat medic kat uia kuantan," trima kasih abah....
Alhamdulillah kini aku di bumi UIA kuantan..sambung perjuangan study ku..utk melayakkan diriku menjadi sorg doktor..dan hingga skrg..aku masih boleh dengar sindiran2 sinis dan pertanyaan2 yang ingin menjatuhkan semangatku..
Kini aku bergelar seorang suami..dan insyaAllah dalam beberapa hari lagi, sorg ayah kepada anak kembar.. "Shahid nk kawin wktu study?? Nanti siapa nak bagi makan kat isteri?? Camne dgn study??" Sangat ramai tanya aku dan keluarga aku..sampai nenek aku sangat marah dan nak serang sorg kawan die ni..huhu..dan aku hanya ketawa dalam hati..kerana aku masih boleh mendengar kata2 yang ingin meruntuhkan semangatku lagi..
Apabila isteri aku mengandung kembar.."Camne nak jaga anak nanti??Study??" Aku tersenyum..
Baru aku sedar..sangat ramai (bukan semua) org yg takut untuk memikul tanggungjawab dalam masa yang muda..dan ramai yang takut pada perkara yang belum dilaluinya lagi.. Aku ingin bergerak selaju mungkin dengan isteriku dalam kehidupanku.. kerana aku ingin memikul dan menyelesaikan tanggungjawab yang ada seawal mungkin.. aku ingin memikul tanggungjawab lain pula.. yakni untuk menyediakan keluarga yang akan mati syahid, insyaAllah.. setiap orang tanpa tertinggal walau seorang.. Aku bukan seorang sgt hebat, melainkan andai Allah memberiku sedikit keberanian.. Dan umi abah banyak mendorong shahid selama ini..terima kasih umi, abah...
Justeru..aku ingin mengajak diriku dan sahabat2 lain..kita pelajar perubatan, tapi bukan tugas kita utk study sepanjang masa..kerana banyak lagi tanggungjawab kita yang perlu kita pikul jika kita ingin melihat Islam kembali gah.. Kita ingin jadi ikon Islam di setiap tempat kita pergi.. Supaya umat manusia kembali melihat keindahan Islam yang telah pudar disebabkan umat islam kini....
"Islam itu hebat..dan tidak terpikul melainkan yang hebat..maka jadilah insan yang hebat.."
(Muhammad Shahid bin Shamsul Anuar)
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Shahid,
ReplyDeletekadang2 orang bertanya dan memberi nasihat bukan tujuan nak menjatuhkan semangat. But as pure concern about yourself. Berbaik sangkalah.
Bakal dapat kembar ke, Syahid? Masya Allah, mabruk in advance!! :)
ReplyDeleteBetul sangat kata Mak Ngah di atas. Apapun, semoga ALLAH redha dengan usaha kalian atas blog ni...teruskan membina ummah!
~'Abdul 'Adzim~
Hehe, makngah..
ReplyDeleteSome of them..cube tanye aishah ape makcik kam dll ckp?yg dorg sorokkn drp pah =)